Monday 12 November 2012

Hebatnya doa..

Bismillahirrahmanirrahiim. Assalamualaikum sahabat sahabat yang dikasihi lagi dicintai kerana Allah SWT. Alhamdulillah! Syukur buat Allah Kekasih hatiku . Selawat rindu buat junjungan besar Nabi tercinta, Muhammad SAW. Salam sayang buat sahabat semua, moga berjiran kita di Taman Firdausi, InsyaAllah. Apa khabar imanmu hari ini? Moga hari ini dan hari yang mendatang menjamin keimanan yang lebih kukuh dan mantap kerana Ilahi. Sebelum melangkah ke hadapan, mari sejenak kita pejamkan mata kita, bukakan mata hati kita seluasnya untuk kita panjatkan sejuta kesyukuran buat Pencipta Segala Cinta, Penguasa Segala Kekuasaan, Rabbul 'Aalamiin. Mari sejenak kita muhasabahkan diri kita, fikirkan kembali apa yang telah kita perbuat, apa yang sedang kita perbuat, dan apa yang bakal kita perbuat. Adakah perbuatan perbuatan kita itu makin mendekatkan kita kepada Allah atau sebaliknya kerana sesaat bertafakkur itu lebih baik daripada seribu ibadah.

Doa. Apa yang dimaksudkan dengan doa? Doa adalah penyerahan bukan tuntutan. Kita telah berusaha tetapi gagal. Kita
telah meminta pertolongan makhluk tetapi itu juga gagal. Apa lagi pilihan yang kita ada? Justeru, berdoalah kepada Allah. Tundukkan hati kita, ikhlaskan hati kita, hadirkan khusyuk dan tawadhu', sertakan dengan keyakinan, InsyaAllah, satu saat yang tepat buat kita, doa itu pasti termakbul. 

Sabda Rasulullah SAW : " Doa itu adalah anak kunci pintu rahmat" (Ad-Dailami)
Bersabda lagi Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang senang Allah mengabulkan doanya ketika dalam keadaan sempit serta berduka,maka hendaknya ia banyak berdoa ketika dalam keadaan lapang" (HR At-Tirmidzi 3304, Hadis Hasan)

KEHEBATAN DOA...

Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil, malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT; 

  "Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" tanya para malaikat.
  
  " Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

  "Lalu bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?." Tanya malaikat lagi.

  "Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah. Setelah itu. Allah terus menciptakan gunung ganang di pelbagai belahan bumi. Apa yang terjadi sememangnya benar setelah diciptakannya gunung ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat daripada besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi, 

  " Ya Rabb, adakah yang lebih kuat lagi daripada paku?"

  " Ada.!" Jawab Allah. " Iaitu api, yang dengan panasnya dapat mencairkan besi."

  " Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?." Tanya malaikat.

  " Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

  " Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada air,?" Sambung malaikat.

  " Ada! Iaitu angin yang kerananya dapat membawa ke manapun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

  " Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu ( gunung, api, air dan angin) ? " Malaikat bertanya lagi.

  " Ada!. Iaitu nafas hamba-Ku yang berdo'a kepada-Ku. Kerana sesungguhnya do'a itu mampu merubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan.





Subhanallah! Hebat kan do'a? Hingga mampu merubah takdir Allah. Buktinya Allah dah nyatakan dalam kisah di atas. Jadi, jangan putus asa, teruskan usaha dan tawakkal kita pada Allah. Mintaklah apa sahaja asalkan kita tak mintak do'a yang mengandungi dosa, memutuskan tali ukhwah dan tidak tergesa gesa. InsyaAllah, satu saat Allah akan jawab segala do'a kita. Letakkan harapan dan keyakinan pada perancangan Allah, kita merancang, Allah juga merancang, tapi perancangan Allah itu yang terbaik. (^_^)


THANK YOU ALLAH~!



Monday 29 October 2012

3 Soalan 1 Jawapan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
Salam Perjuangan kerana Allah buat sahabat semua. Moga moga hari ini dan hari mendatang akan jauh lebih baik dari hari semalam. InsyaAllah. Aamiin. Saya ada satu kisah nak kongsi. So, jom layann.





 
Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.



Sekian. :)


TERIMA KASIH ALLAH~!

Saturday 14 July 2012

Renungan Bersama =)

 السلام عليكم...
Salam Perjuangan .

 TEMUDUGA

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yang banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan
menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan
berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang
tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di
dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang2
yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat
itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di
dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya,
zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah
jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada
malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke
sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari
arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya
dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka
malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari
yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah
pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa
bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat
itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat :
Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab
dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki
Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana
penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad
saw dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang
membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata
kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan
dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah.
Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu
dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka
bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan
disinari cahaya baginya"

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan
hujung kaki)! Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.




TERIMA KASIH ALLAH~!


Cerpen nasihat~

Bala Yang Ditangguhkan..

Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa
mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia
harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa
mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.

Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu meluncur di
jalanraya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih 4 jam..
Bersama dengan isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum
rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan mereka masih
muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja.Cadangnya setelah ekonomi
mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.

Hampir sejam berlalu , Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari
sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika
mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena.

Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan
mengantuk. Ketika jam menunjukkan pukul 7:30malam, Zakiah membuka mata.
Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Maghrib.
Kalau tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan
solat Maghrib.

"Dah Maghrib, bang. Berhenti sekejap." Wajah Rashid kelihatan keruh.
Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya.
Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di
depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid
tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas
dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak mempan.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah
kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib. Selalunya
Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta atau membasahkan tekak di medan
selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan.

Rashid tidak menemui ruang untuk memarking kereta. Dia Menghentikan kereta,
meminta Zakiah turun. "Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan.

"Kiah pergilah... abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid
mudah. Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid
memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga
semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.

"Abang tidur?" tegur Zakiah.
"Ha...terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."
"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."
"Tak apa...kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti." Zakiah tidak
membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi
jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin
mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati
tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang
lain.

Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang
keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran. Serentak dengan itu kereta
yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas
ke bawah.

Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha
keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan
diri.

"Ya Allah...selamatkan kami..." bisiknya perlahan. Terasa mukanya basah,
darah merah mengalir. Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah
terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki
Rashid tersepit.

"Tersepit... tak boleh tarik... Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang
perempuan ke hospital."

Rashid berdoa dan berdoa tanpa henti agar Allah S.W.T menyelamatkan
Zakiah dan dirinya.

"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!"

Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan
kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk
menggerakkannya.

"Tolong saya, encik..." pinta Rashid dengan nada sayu.
"Mengucap... cik... berdoa kepada Allah... cik akan selamat."

"Sabar encik...tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai."
Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya. Dengan
keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu.
Syukur.

Pandangannya tertumpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba
putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit
sambil tangannya memegang tasbih.

"Ya Allah... selamatkanlah aku..."

Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba. Pasukan bomba dengan
tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari
himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila
salah seorang anggota bomba bersuara.

"Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik... kenapa tak boleh keluar?"

Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ
kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak
ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa
yang sedang menimpanya.

"Ini bukan kerja manusia macam kita... kena panggil orang yang
tahu..." terdengar sebuah pendapat.

Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya
terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di
sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi
berada di sebelahnya.

"Tuan... tolong saya tuan..."

"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala..."

"Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan..."

"Kamu berdoa kepada siapa?" Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki
itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk
bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim.
"Sudah tentulah pada Allah."

"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"

Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak,
sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi
bercakap seperti orang yang tidak berilmu.

"Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan
sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak
pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah.
Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!" tenggorok
Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas
kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar.

Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan
Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia
menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan
mula terasa. Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu
bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama
kemudian dia tidak sedarkan diri.

"Abang...bang! Abang!!"

Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah
isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya
mereka mampu keluar dari bencana.

"Sedapnya tidur... naik serak suara Kiah mengejutkan abang..."

Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah!
Dia masih berada di tempat rehat.

"Kiah tunggu sekejap... abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil
terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah
di bibirnya.

Anas menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda

"ALLAH S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA
KE ATAS SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE
MASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON
AMPUN PADA WAKTU TENGAH MALAM"





Mohon ampunkan dosaku , ya ALLAH..


TERIMA KASIH ALLAH~!

Nah , aku bagi kau.



Sama-sama kita ambil sebagai pengajaran ya...

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat
dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu .

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh
ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa 'Bergomolan dengan khinzir (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram'.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya ,' Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya' . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)









TERIMA KASIH ALLAH~!







Friday 1 June 2012

advices.. :)

السلام عليكم    


 Ak rindu zaman tecik tecik dulu. bukan rindu nak main buai pondok pondok segala tu, tp rindu yg namanya kehidupan. life.. hidup yang nothings to be worry bout, to be concern. zaman tu mana tahu lagi erti bahaya masalah ape semua tu. lagi tahu nak buat adalah. masa tu, kalau mak ayah suruh naik waktu maghrib, sempat lagi main sorok sorok. pejam mata letak tangan kat dada. RINDU.

Tapi dah naik besar ni, lagi tak tahu nak tenang. sebab tu aku rindu zaman dulu kala. memang aku boleh angkat tangan tabik hormat dengan orang yang tak ada masalah dalam hidup. kadang terfikir jugak kenapa aku dapat ujian yang maha hebat ni. orang lain bahagia je hidup tenang. dengki. tapi bila fikir balik, ujian aku tak adalah hebat sangat kalau nak banding dengan sahabatsahabat nabi dulu. diorang nak pertahankan Islam sanggup kena seksa dera apa tu. tapi sabar je.. kuatkan hati dengan fikir 'Allah akan bagi ganjaran kat sana'. hebatkan ? tapi manusia zaman sekarang tak tahu nak bersyukur. dapat nikmat punya la ghairah, terkinja kinja sampai tak ingat nak bersyukur. bukan nak kata orang,aku pun sama je.. masa senang tak ingat kat Allah, masa susah mula la nak merengek merayu mintak ampun kat Allah. yes, tahu la Allah tu Maha Pengampun, tapi kena ingat jugak kan yang Allah tu Maha Sombong. Tapi Allah sombong Dia bertempat, hanya dengan orang yang sombong dengan Allah. tapi manusia, tak payah nak cakap. mentang mentang kau kaya, orang berpangkat kan, mula jalan tak tengok tanah. kalau ada sayap, dah lama terbang kot. sombong. mana Allah tak bagi ujian yang berat. tunggu bala je.

ya Allah, banyak nya dosa hamba. Kau ampunkanlah ya Allah.

بسم الله الرحمن الرحيم 
 Allah said, " Whoever hopes to meet Allah, the term appointed by Allah will then most surely come; and He is the Hearing, the Knowing"        
~Al-Ankabut;5~

So, apa lagi yang kita, manusia ni nak nafi kePemurahan Allah? gheti gheti la nak bertobat iyee. bukan nak kata diri aku dah cukup betul ke perfect apa, tapi as a Muslimah, ada la sikit rasa bertanggungjawab nak tegur tegur orang tu kan. nak tunggu diri sendiri betul tu, mustahil la kut. well, nobodys perfect right. tak berubah langsung pun masalah jugak. prinsip perumpamaan aku senang je.. macam mak nak suap nasi. elok elok mak kau nak suap, yang kau tak nak nganga apehal? ha, sama la jugak dengan perubahan. orang dah siap bagi tawaran nak tolong kita berubah, yang kita tolak tu apesal, kan? so, tu kira diri sendiri punya hal la. tak nak ikut sudah. kalau rasa neraka tu sejuk tahap mencengkam kalbu, teruskan buat dosa. ada mata,tengok. ada otak, fikir. tak payah besaq besaq tagun mak pak nak aja dah.
off~

TERIMA KASIH ALLAH~

Friday 11 May 2012

sabda Rasulullah SAW ; orang yang cerdik pandai ialah orang yang menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan selepas mati  manakala orang yang lemah ialah orang yang tunduk kepada nafsu tapi dia mengharapkan pelbagai harapan daripada ALLAH .